Tuesday 10 May 2011

kesabaranku,,,,

assalamualaikum

perjalanan kita merentasi dunia kehidupan ternyata mmg mencabar,,,setelah apa yg berlaku dan sedang berlaku dalam hidupku dan juga dalam hidup mereka yg berada di sekeliling ku,,,menjadikan aku lebih matang dalam mengharungi kehidupan ku sendiri,,,

hari ini,kita sentiasa sihat,kita sentiasa ceria,sentiasa bahagia,,,TAPI,,apakah apa yg kita kecapi selama ini akan selalu begitu??? tidak sama sekali,,,meskipun kita tersenyum namun tak siapa tahu apa yg bermain di mata hati kita...dalam kesibukan kita mengejar duniawi apakah terdetik mahupun terlintas di hati kita akan kehidupan selepas MATI??? hanya segelintir pihak yg sedemikian rupa termasuklah diriku yang jahil ini,,,

setelah apa yang terjadi padaku,,,aku tersedar dari lamunan duniawi akan peritnya kehidupan d akhirat kelak,,,akan tetapi mampukah aku mengejar kebahagiaan itu??? insyaALLAH,,,,kita mampu melakukannya,,,memang ramai yg ckp,,nk buat mcm mna da tuhan da tetapkan aku jadi mcm ni,,tapi adakah kita pernah terfikir apa yang perlu dan harus kita lakukan???? semuanya ada pada diri kita cuma kita harus selami diri kita siapa kita sebenarnya!!!!

awal mula pertama mula adalah mengenal ALLAH,,,dan dari situ juga baru kita akan kenal sapa diri kita,apa dan siapa di sekeliling kita dan dari situ juga barulah kita dapat mencorak diri kita samada ke jalan yg di redhai ALLAH atau sebaliknya????

esok tanggal 11 MEI 2011 aku akan lalui satu detik yang buatkan aku tertunggu tunggu akan hari esok dalam diriku,,esok aku ada appoinment dgn sorang doktor yang bakal merawat aku,,,segalanya telah aku ceritakan padanya akan simptom2 yang aku hadapi selama ini,,,,tapi ternyata dia pon pelik,,,sampaikan dia ckp padaku "wow!! so interesting your simptom!" urmmmm apa yang bakal terjadi padaku,,,hanya kesabaran yg aku tanamkan dalam diriku sekarang,,,doaku pada ALLAH,,Engkau selamatkanlah aku dalam setiap hela nafasku,,dalam setiap langkahku,dalam setiap pandanganku,percakapanku dan segala apa yg aku lalui dan hadapi,,,,Ya Rabb,,,,,

Thursday 5 May 2011

41 kelebihan wanita ISLAM

Kiriman Gwiyeoun Oli
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya. 
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya di dunia ini dengan istiqamah.

Sunday 1 May 2011

(^_^.) AKU PERLU LUAR BIASA (*_*)

Ketika kerjamu tidak dihargai,
maka saat itu kau sedang belajar tentang KETULUSAN.

Ketika usahamu dinilai tidak penting,
maka saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN.

Ketika hatimu terluka sangat dalam,
maka saat itu kau sedang belajar tentang MEMAAFKAN.


Ketika kau harus lelah dan kecewa,
maka saat itu kau sedang belajar tentang KESUNGGUHAN.

Ketika kau merasa sepi dan sendiri,
maka saat itu kau sedang belajar tentang KETANGGUHAN

Ketika kau harus membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
maka saat itu kau sedang belajar tentang KEMURAH-HATIAN.

Tetap semangat..
Tetap sabar..tetap tabah mengharungi hari hari mendatang dengan tersenyum dan terus belajar..

Kerana kau sedang menimba ilmu di universiti KEHIDUPAN.
TUHAN menaruhmu di tempatmu yang sekarang, bukan kerana kebetulan tapi kerana kau adalah insan yg terpilih!
Orang yg hebat tidak dihasilkan melalui

...kemudahan
...kesenangan
dan ketenangan semata

Mereka díbentuk melalui
kesukaran, tentangan dan airmata

Ketika engkau mengalami sesuatu yg sangat berat daņ merasa ditinggalkan sendiri dlm hidup ini ...
Angkatlah Tangan dan Kepalamu ke atas .......
Tataplah masa depanmu ...... Ketahuilah...

TUHAN sedang mempersiapkanmu,,tabahlah sabarlah wahai MOHD NAIM BIN ISMAIL,,
INGATLAH WAHAI MOHD NAIM BIN ISMAIL,,JUJUR DAN IKHLAS LAH DLM SETIAP PERLAKUAN MU,,DALAM SETIAP BICARA MU,DALAM APA JUA SITUASI ENGKAU SEMASA JASAD KAU MASIH BERNYAWA,,,,INSYAALLAH,,,

JANGAN BERSEDIH,,,SESUNGGUHNYA TUHAN BERSAMA ENGKAU WAHAI MOHD NAIM BIN ISMAIL,,,